Monday 17 June 2013

baitul hanan

asalamualaikum...

Apa kabar islam iman dan ihsan kta hari ini?

Semoga kita smua dibawah rahmat dn kasih yg Allah ya Rahman..ya Rahim, ya

BAITUL HANAN, BESERAH

Kak pah (Syarifah AZIRA) warden Darul Hanan sedang berbual Mesra dengan Tiga Orang
Warga Emas yang sudah duduk di BAITUL HANAN sejak ahad lalu
mereka mula biasakan diri

MOK di hari pertama


Pagi dia mula keluar rumah dan membawa beg, mandi, kadang2 dia mandi di rumah2 terbiar, telaga2 terbiar. malam baru dia pulang.

hari ini kami bawa dia ke Baitul Hanan, Rumah Tarbiyyah Warga Emas. bukan kerana Anak dia tidak mahu, tapi kerana, di usia sebegitu tiada apa yg di mahukan anaknya melainkan ibunya dia mengenal Allah. 

Waktu Maghrib

kami mengajaknya solat bersama, mula2 dia tidak mahu, period katanya. tapi akhirnya dia stuju, kami pakaikan kain sembahyang dan letak dia duduk di atas kerusi. semasa solat, dia bangun dari kerusi dan solat seperti biasa (ruku' n sujud)

bila kami soal, rupanya dia lupa bahawa dia sedang duduk di atas kerusi,

usai maghrib kami makan bersama, katanya "dah lama Mok tak makan nasik..." tapi dia jamah juga,

waktu Isyak kami mengajaknya solat sekali lagi.

"kain smyg tinggal kat kampung..."katanya, kami saling berpandangan, kami pun ambil kain smyg yang dia pakai maghrib tadi.

"Sunyi kat sini, tiap2 hari Mok slalu keluar main dgn cucu, malam2 ni selalu bising.."ujarnya sendirian. kami mdengar.

dia slalu kata "org2 kampung kata 'dia' bodo" 'dia' maksudnya anak dia. anak dia pun warga emas juga, bersama kami.

ya Allah Ya Fattah, permudahkan lah urusan kami, Kau bukakan lah jalan untuk semua Warga emas ini sempat mengenalMu sebelum Roh terpisah dari jasad Kami. Datanglah bersama kami, bantu kami, hiburkan mereka. 

sy tak mahu kata MOK nyanyuk., Mok mungkin lupa kejap, kan?

9:46pm
16/6/2013
Baitul Hanan
Beserah,Kuantan
darulhanan3i.blogspot.com